MRKH WEBINAR 2022 KHAS BUAT PENGHIDAP SINDROM MRKH DI MALAYSIA SERTA PASANGAN DAN KELUARGA

Akhirnya! Kita sudah ada tarikh yang tetap untuk MRKH WEBINAR 2022 kita iaitu 12 Mac, jam 8.30 pagi. Webinar tertutup ini khas untuk ahli MRKH Malaysia saja dan buat pertama kalinya kita jemput pasangan dan ahli keluarga juga. Ini kerana, kita ada doktor-doktor dan pakar-pakar yang akan bercakap tentang apa itu sindrom MRKH, dilatation therapy dan vaginal surgery, kesihatan mental, hubungan seksual suami isteri, penyusuan anak angkat, serta pembedahan pemindahan rahim. Kita juga akan ada perkongsian dari wanita-wanita MRKH yang sudah berpengalaman menjadi ibu angkat. Anda dan pasangan/keluarga anda boleh bertanya apa saja soalan dan doktor-doktor pakar kita dari UKM akan menjawabnya. Jika anda merupakan penghidap sindrom MRKH tapi belum menjadi ahli MRKH Malaysia, sila mesej kami dengan segera supaya kita boleh sama-sama memanfaatkan perhimpunan secara maya ini. Privasi dan kerahsiaan amat kami titikberatkan.

This is a closed event only for those with MRKH and by invitation only.

If you are from this region and interested to attend then DM @mrkh.malaysia